Sabtu, 01 Agustus 2020

AKHLAK ROSULULLAH SAW.

AKHLAK RASULULLAH ﷺ

١. Baginda selalu diam.
٢. Berbicara ketika perlu.
٣. Pembicaraannya fasih, ringkas tetapi padat .
٤. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.
٥. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله swt). 

٦. Selalu menundukkan pandangan kerana tawadhu’.
٧. Berfikir terus-menerus.
٨. Menghargai nikmat sekecil apapun tanpa meremehkannya.
٩. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.

١٠ . Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.
١١ . Marah bukan kerana nafsu.
١٢ . Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.
١٣ . Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.
١٤ . Apabila suka Baginda akan memejamkan mata

١٥ . Tidak pernah berkata kotor berbuat keji dan melampaui batas
١٦ . Tidak pernah berteriak-teriak di pasar
١٧ . Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada
١٨ . Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan الله

١٩ . Apabila menghadapi dua perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara maksiat.
٢٠ . Di rumah Baginda adalah manusia biasa yang mencuci pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.

٢١ . Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir.
٢٢ . Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut & peramah.
٢٣ . Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak, lebih-lebih lagi mencela orang lain.

٢٤ . Tiga perkara yang dijauhi; perselisihan, bongkak & segala yang tidak diperlukan.
٢٥ . Tidak pernah mencela & memaki pd orang lain.
٢٦ . Tidak pernah membuka rahasia orang lain.
٢٧ . Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.

(Itulah sebagian akhlak Rasulullah SAW Dipetik daripada Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki)

Perbanyakkan Sholawat pada Nabi.. .

اللهم صل وسلم على سيدنا محمد نورك الساري ومددك الجاري واجمعني به في كل اطواري وعلى اله وصحبه يا نور..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar